UXR Showdown cipta sejarah, Rifdean Masdor debut fight di Malaysia
Arena Muay Thai tanah air bakal digegarkan dengan penganjuran UXR Showdown Chapter 1 yang akan berlangsung pada 27 September 2025 di Stadium SUKPA, Kuantan, Pahang.
Malam penuh aksi ini menjanjikan 9 pertarungan, 18 petarung, 1 pentas dan hanya 1 malam yang akan menentukan juara.
Tumpuan utama sudah pasti terarah kepada Super Main Event yang mempertemukan jaguh Malaysia, Rifdean Masdor, menentang petarung berbisa dari Thailand, Kongphob bagi merebut gelaran UXR Atomweight Muaythai Title.

Apa yang lebih istimewa, ini merupakan kali pertama Rifdean beraksi di tanah air selepas sekian lama menimba pengalaman di pentas antarabangsa, jadi pastinya, sorakan penyokong tempatan bakal menjadi sumber kekuatan luar biasa buatnya.
Selain itu, Main Event turut menjanjikan pertarungan sengit antara sensasi Malaysia, Kabilan Jelevan, yang akan berdepan Kithy Monprey dari Kemboja dalam perebutan UXR Flyweight Muaythai Title.
Sementara itu, Co-Main Event menampilkan seorang lagi nama besar, Jordan Boy, yang bakal bersemuka dengan lawan dari Ghana, Gerald Kodjo, dalam perebutan UXR Superwelterweight Muaythai Title.
Malam penuh adrenalin ini turut diserikan dengan tujuh lagi pertarungan melibatkan petarung tempatan dan antarabangsa seperti Elias Ghazali, Izat Zaki, Boy Racha, Wan Syakir, Apizat Haikal dan ramai lagi.

Bagi peminat, tiket boleh dibeli secara eksklusif dan siaran Pay-Per-View (PPV) juga tersedia menerusi FightFactory.Store – hanya imbas kod QR yang disediakan.
Dengan gabungan nama besar dan bakat baharu, UXR Showdown Chapter 1 dijangka menjadi acara Muay Thai paling bersejarah tahun ini di Malaysia.
⚡ Siapa akan menjulang gelaran? Nantikan malam penuh kejutan ini! ⚡

