Detik ‘kurang bijak’ Ekitike: Jaring gol, dapat kad merah

246

Liverpool berjaya mara ke pusingan keempat Carabao Cup selepas menewaskan Southampton 2-1, namun kemenangan itu turut dibayangi insiden melibatkan penyerang muda, Hugo Ekitike.

Dipetik dari BBC, Ekitike menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85, tetapi tindakannya menanggalkan jersi dan meraikan di hadapan penyokong akhirnya memakan diri. 


Beliau sudah menerima satu kad kuning sebelum itu, sekali gus menyebabkan dirinya dibuang padang.

Akibatnya, Ekitike akan digantung untuk aksi Liga Perdana menentang Crystal Palace hujung minggu ini – sesuatu yang merugikan Liverpool memandangkan pesaingnya untuk tempat utama baru sahaja kembali pulih daripada kecederaan.

Ekitike tampil memohon maaf di media sosial, mengakui emosi menguasainya pada malam penuh bersejarah itu. 

Bagaimanapun, pengurus Arne Slot menyifatkan tindakan pemainnya sebagai “bodoh” dan tidak bijak, meskipun tetap berterima kasih kepada rakan sepasukan yang berjaya memastikan kemenangan.

Insiden ini menjadi pengajaran berharga buat Ekitike yang masih dalam proses membina reputasi bersama Liverpool.