Crystal Palace catat rekod bersejarah, kini 19 perlawanan tanpa kalah

44

Setahun lalu Crystal Palace berada di tangga ke-18 Premier League tanpa sebarang kemenangan. Namun, kebangkitan luar biasa di bawah kendalian Oliver Glasner kini menyaksikan mereka bergelar juara Piala FA dan mencatat rekod tanpa kalah terpanjang dalam sejarah 120 tahun kelab tersebut.

Dipeitk dari BBC, Palace kini sudah 19 perlawanan tanpa kalah, termasuk kejayaan menamatkan rekod sempurna Liverpool dalam saingan liga. Mereka menduduki tangga ketiga dengan tiga kemenangan dan tiga seri. 


Kali terakhir “The Eagles” tewas adalah pada 16 April lalu ketika tunduk 0-5 kepada Newcastle. Sejak itu, prestasi mereka melonjak, bahkan berjaya mencatat kemenangan pertama di pentas Eropah menewaskan Dynamo Kyiv dalam saingan Conference League.

Kemenangan ke atas Liverpool sebelum ini menyamai rekod 18 perlawanan tanpa kalah pada 1969, namun kejayaan terbaru mengatasi pencapaian bersejarah itu. 

Gol Daniel Munoz dan Eddie Nketiah memastikan Palace beraksi cemerlang biarpun kekurangan seorang pemain selepas Borna Sosa dibuang padang.

Glasner menegaskan pasukannya kini penuh keyakinan dan bersemangat untuk melakar kejayaan lebih besar. “Setiap kejohanan sama penting. Kami mahu kekal fokus dan lakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya.