McGinn bawa Aston Villa catat kemenangan bergaya di Rotterdam

96

Aston Villa terus mempamerkan kebangkitan di pentas Eropah apabila menewaskan Feyenoord dalam aksi Europa League yang penuh dramatik. 

Dipetik dari BBC, kapten pasukan, John McGinn, sekali lagi menjadi wira apabila meledak gol ketiga peribadinya dalam tiga perlawanan berturut-turut.


Villa yang sebelum ini gagal menang dalam enam perlawanan awal musim, kini berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut di Europa League selain kemenangan sulung di Premier League. 

Di Rotterdam, Emiliano Buendia membuka tirai jaringan pada minit ke-61 dengan rembatan melengkung selepas babak pertama yang rancak dan kontroversi. 

McGinn kemudian menambah gol kedua selepas bola melantun hasil larian Donyell Malen yang disekat pertahanan tuan rumah.

Feyenoord turut merasa kecewa apabila tandukan Ayase Ueda yang jelas melepasi garisan gol dibatalkan kerana kekasaran ke atas Matty Cash.

Kemenangan ini meletakkan Villa di tangga ketiga kumpulan. Dengan rekod cemerlang pengurus Unai Emery yang pernah menjulang Europa League sebanyak empat kali, penyokong mula percaya Villa mampu mengulangi kejayaan di pentas Eropah.