Harry Kane tak berminat kembali ke EPL

99

Penyerang sensasi England, Harry Kane, memberi bayangan bakal melanjutkan kontraknya bersama Bayern Munichselepas mengakui minatnya untuk kembali ke Premier League (EPL) kini semakin pudar.

Dipetik dari BBC, Kane, 32, kini berada di pertengahan kontrak empat tahun yang ditandatangani selepas berpindah dari Tottenham Hotspur pada musim panas 2023 dengan yuran £86.4 juta. 


Sejak itu, beliau tampil luar biasa dengan 103 gol dalam 106 perlawanan, sekaligus membantu Bayern menjulang kejuaraan Bundesliga 2024/25, trofi pertama dalam karier profesionalnya.

Walaupun pengurus Tottenham, Thomas Frank, pernah menyuarakan keinginan untuk melihat Kane kembali ke England bagi memecahkan rekod jaringan Alan Shearer (260 gol), penyerang itu kini lebih selesa di Jerman.

“Saya boleh bayangkan untuk kekal lebih lama di sini. Buat masa ini saya fokus sepenuhnya bersama Bayern,” katanya.

Kane turut menegaskan bahawa peluang untuk kembali ke EPL masih terbuka, namun keinginannya tidak sekuat dahulu, sambil menyifatkan kehidupannya di Bavaria kini berada pada “momen terbaik” dalam kariernya.