Nico O’Reilly terima panggilan pertama ke skuad England ganti Reece James
Pertahanan muda Manchester City, Nico O’Reilly, menerima panggilan pertama ke skuad kebangsaan England selepas Reece James terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
Dipetik dari BBC, pemain Chelsea itu mengalami luka di tulang kering ketika menentang Liverpool dalam aksi Premier League hujung minggu lalu dan telah disahkan tidak cergas untuk tugasan antarabangsa selepas menjalani penilaian perubatan.
Sebagai pengganti, O’Reilly, 20, dinaikkan daripada skuad England Bawah 21 Tahun bagi menghadapi dua aksi Kelayakan Euro menentang Wales (9 Oktober) dan Latvia (14 Oktober).
Walaupun beraksi di posisi bek kiri, O’Reilly dilihat mampu memberi keseimbangan kepada skuad kendalian Thomas Tuchel, yang kini hanya mempunyai Djed Spence sebagai pertahanan kanan tulen.
Pemain muda ini telah bersama Manchester City sejak berusia lapan tahun dan tampil cemerlang dengan 21 penampilan serta lima gol musim lalu.
Musim ini, beliau sudah membuat sembilan penampilan, termasuk di pentas antarabangsa kelab bersama skuad Pep Guardiola.