Enam pasukan rebut dua tiket automatik ke Piala Dunia 2026 bermula
Perjalanan terakhir menuju Piala Dunia 2026 kini bermula apabila Pusingan 4 Kelayakan Piala Dunia 2027 Zon Asia secara rasmi membuka tirainya hari ini.
Enam pasukan akan berentap untuk merebut dua tiket automatik ke Amerika Utara (AS, Kanada & Mexico), selain satu lagi slot tambahan ke playoff antara benua.
Pasukan yang bakal bersaing dalam pusingan ini ialah Indonesia, Iraq, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan enam kuasa bola sepak Asia yang kini bersedia memberikan aksi terbaik dalam misi terakhir menuju pentas bola sepak paling berprestij dunia.
Saingan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A: Qatar, UAE dan Oman, manakala Kumpulan B: Arab Saudi, Iraq dan Indonesia.
Hanya juara kumpulan akan layak terus ke Piala Dunia 2026, manakala dua naib juara akan bersaing untuk slot ‘playoff’ antara benua.
Setakat ini, enam pasukan Asia sudah pun mengesahkan tempat mereka ke Piala Dunia 2026 iaitu Jepun, Korea Selatan, Iran, Australia, Uzbekistan (debut) dan Jordan (debut).
Kini, hanya dua tiket automatik terakhir menjadi rebutan!
Tumpuan pastinya terarah kepada Indonesia, satu-satunya wakil Asia Tenggara yang menempah tempat ke pusingan ini.
Di bawah kendalian Patrick Kluivert, skuad Garuda bakal berdepan cabaran getir menentang dua kuasa Arab iaitu Arab Saudi dan Iraq, namun semangat juang tinggi dan momentum positif memberi keyakinan bahawa kejutan tetap berkemungkinan berlaku.
Adakah wakil ASEAN mampu mencipta sejarah, atau kuasa Asia Barat akan terus mendominasi laluan ke Piala Dunia 2026?