Memphis kini penjaring dan penyumbang assists terbanyak Oranje

30

Memphis Depay terus mencipta sejarah bersama pasukan kebangsaan Belanda apabila kini dia bukan sahaja bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman, tetapi juga pemain dengan jumlah assist terbanyak dalam sejarah skuad Oranje.

Dalam perlawanan menentang Finland pada 12 Oktober 2025, bintang berusia 31 tahun itu mencipta dua bantuan gol pada separuh masa pertama, menjadikan jumlah keseluruhan assist antarabangsa beliau kepada 35.


Rekod itu memecahkan catatan lama milik Wesley Sneijder, sekaligus menjadikan Depay kini menguasai dua rekod tertinggi yang paling berprestij untuk pemain menyerang Belanda — penjaring dan pemberi assist terbanyak.

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia bukan lalu menentang Lithuania, Depay meledak dua gol penting — gol ke-51 dan ke-52 — sekali gus memadam rekod milik Robin van Persie yang sebelum ini menjadi penjaring terbanyak Belanda dengan 50 gol.

Dengan kejayaan itu, beliau meletakkan namanya sebagai penjaring utama dan penyumbang assists sepanjang masa negaranya.

Secara keseluruhan, Depay kini telah merekodkan 54 gol dan 35 assist dalam 106 penampilan bersama skuad kebangsaan, satu pencapaian luar biasa.

Dengan kedua-dua rekod itu kini menjadi miliknya, Depay telah menulis namanya sebaris dengan legenda-legenda besar Belanda seperti Van Persie, Arjen Robben, Patrick Kluivert dan Dennis Bergkamp.