RYFC B-14 kejutkan SSBJ dengan kemenangan 4-0

216

RYFC B-14 kejutkan SSBJ dengan kemenangan 4-0

Pasukan akademi bola sepak RYFC B-14 terus mencuri tumpuan dalam arena bola sepak remaja apabila mencipta sensasi dalam saingan Milo Jr Champion League Season C B-14 dengan menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-14 4-0 pada aksi minggu kedua baru-baru ini.


Kejayaan luar biasa ini menjadi perhatian kerana SSBJ merupakan antara pasukan paling berpengaruh dalam bola sepak remaja negara, manakala RYFC hanyalah sebuah akademi yang baru lapan bulan dibentuk. 

Namun begitu, keputusan ini membuktikan bahawa dengan perancangan rapi, struktur latihan moden dan semangat juang tinggi, sebuah pasukan muda mampu mencipta hasil luar jangka dalam tempoh singkat.

Lebih membanggakan, seminggu selepas menjuarai kejohanan Maxxim Elite Johor 2025 B-14, RYFC meneruskan momentum luar biasa dengan menjuarai Milo Jr Champion League Season B B-14 melalui rekod menakjubkan iaitu sembilan kemenangan tanpa sebarang kekalahan dan hanya bolos dua gol sepanjang kejohanan.

Dengan perkembangan pesat yang ditunjukkan, RYFC kini semakin menyerlah sebagai antara akademi bola sepak akar umbi paling berpotensi di Malaysia.

Jika pengurusan akademi terus mengekalkan komitmen terhadap pembangunan pemain muda dan disiplin latihan profesional, tidak mustahil RYFC bakal menyaingi akademi terkemuka negara seperti JDT Academy, NFDP dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam masa terdekat.