Kami akan cuba buat yang terbaik dengan taktikal Coach baharu – Sharul Nazeem

98

Pemain pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar atau lebih dikenali sebagai Afro, menegaskan fokus utama pasukan kini adalah memastikan kemenangan dalam aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Negeri Sembilan FC yang akan berlangsung di Stadium Paroi pada 18 Oktober ini.

Menurut Afro, persiapan pasukan berjalan lancar dengan semua pemain kini berada dalam keadaan terbaik tanpa sebarang kecederaan serius.


“Kami cuba latihan sehabis baik dan bersedia sepenuhnya untuk perlawanan Sabtu ini. Alhamdulillah, saya pun kini dah pulih sepenuhnya dan kembali berlatih seperti biasa. Kalau diberi peluang bermain, saya akan cuba beri yang terbaik,”

ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang perubahan taktikal di bawah bimbingan jurulatih baharu, Christophe Gamel, Sharul menekankan pentingnya sikap profesional dan keupayaan pemain menyesuaikan diri dengan cepat.

“Setiap jurulatih ada taktikal tersendiri. Dulu Coach Kino lain, sekarang Coach Gamel pun lain. Sebagai pemain, kita kena cepat adapt dan teruskan profesional. Kami cuba yang terbaik dengan apa yang coach terapkan.”

Sementara itu, Afro yang dilantik sebagai duta Skechers teruja kerana kasut The CTRL^ Pack menawarkan keselesaan luar biasa untuk seorang pemain pertahanan.

“Keselesaan sangat penting bagi seorang pemain. Saya dah cuba beberapa model boot Skechers dan Alhamdulillah, memang sesuai dengan gaya permainan saya.”