Rough akui tekanan jejas permainan Team Monster Vicious, janji bangkit di Playoff MPL MY

51

Pemain Team Monster Vicious, Rough, mengakui pasukannya tidak bermain seperti kebiasaan selepas tewas 0-2 kepada Team Todak dalam aksi minggu keenam MPL Malaysia Season 16. 

Kekalahan itu sekali gus menyukarkan peluang Monster Vicious untuk merebut tempat di upper bracket menjelang saingan playoff.


Menurut Rough, pasukannya gagal mengekalkan corak permainan yang ditunjukkan semasa latihan, selain terjejas oleh tekanan untuk mengejar kemenangan.

“Saya pun tak tahu, mungkin daripada kami sendiri. Kami tak main macam apa yang kami selalu buat masa latihan. Untuk game kedua, mungkin ada beberapa orang yang rasa pressure, jadi itu yang menyebabkan kami kalah,” 

katanya kepada Harimau Malaya.

Walaupun keputusan agak mengecewakan, Rough menjelaskan bahawa jurulatih pasukan tetap tenang dan mengambil pendekatan positif selepas perlawanan.

“Coach tak marah pun, cuma dia nak kami sedar apa yang kami tak sepatutnya buat hari ini.”

Dalam pada itu, mengulas mengenai persiapan menuju ke playoff, Rough menyifatkan kekalahan kali ini sebagai tamparan besar buat pasukan.

“Kami kena lebih semangat masa training dan betulkan mindset supaya sentiasa jernih. Ini masa untuk bangkit.”

Sementara itu, Rough turut tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada semua penyokong yang hadir memberi semangat.

“Terima kasih kepada semua fans, kawan-kawan dan keluarga yang datang hari ini. Maaf sebab kalah, tapi kami janji akan buat sehabis baik untuk playoff nanti. Jumpa di MAEPS Serdang!”