Inilah masa kita cipta sejarah MLBB di Sukan SEA – Abang Lord

72

Pemilik pasukan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Todak, Abang Lord, menzahirkan keyakinan tinggi terhadap kemampuan skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) negara untuk meraih pingat emas pertama di Sukan SEA selepas pengumuman rasmi barisan pemain kebangsaan baru-baru ini.

Menurut Abg Lord, beliau yang merupakan salah seorang seorang ahli komiti pemilihan, mendedahkan bahawa proses pemilihan dibuat dengan teliti oleh ketua jurulatih Arkadia bersama pasukan teknikal, memastikan hanya pemain terbaik dipilih untuk menggalas cabaran di pentas serantau itu.


“Saya yakin dan pasti sebab saya sendiri terlibat dalam komiti SEA Games. Kita tahu bagaimana pemilihan dibuat, dan saya percaya barisan kali ini adalah yang terbaik. 

Insya-Allah, kita mampu membawa pulang emas yang sekian lama kita nantikan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sementara itu, mengulas prestasi Team Todak dalam MPL MY Season 16, beliau turut menyatakan bahawa pasukan kini semakin menunjukkan karakter sebenar selepas tempoh sukar di awal musim, satu isyarat positif menjelang era franchise model baharu tahun hadapan.