Raja Muhammad Syakir ukir sejarah rangkul 16 kejuaraan Golf Junior, bakal catat Rekod Malaysia

215

Bakat muda negara, Raja Muhammad Syakir b. Raja Mohd Sukry, terus mencipta nama apabila secara rasmi diiktiraf oleh STREEAMD Mind Records sebagai pemegang rekod “Most 18-Hole Junior Golf Tournament Wins by a 12-Year-Old Boy Within 365 Days” bagi tempoh September 2024 hingga September 2025.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 itu memenangi 16 daripada 26 kejohanan yang disertai dalam tempoh setahun, satu pencapaian luar biasa bagi pemain berusia hanya 12 tahun. 


Pengiktirafan ini bukan sahaja menonjolkan prestasi cemerlangnya di lapangan, tetapi turut membuktikan semangat dan disiplin tinggi dalam sukan golf sejak usia muda.

Lebih manis, Raja Muhammad Syakir juga dijangka menerima pengiktirafan rasmi daripada Malaysian Book of Records (MBR) dalam masa terdekat, sekali gus menobatkannya antara pemain golf junior paling berjaya di Malaysia.

Beliau kini sedang membuat persiapan rapi bagi menyertai Selangor Junior Masters minggu ini, di mana pemenang kategori bawah 21 tahun bakal menerima slot beraksi di ADT (Asian Development Tour) tahun depan.

Ini merupakan satu lagi peluang besar buat bintang muda ini mengembangkan karier profesionalnya di peringkat antarabangsa.