‘Run, Connect, Repeat’ – New Balance Run Hub jadi ‘port’ baharu pelari Malaysia

154

Jenama sukan terkenal dunia, New Balance, terus memperkukuh komitmennya terhadap komuniti pelari apabila secara rasmi membuka Run Hub pertama di Asia Tenggara yang terletak di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Lebih daripada sekadar ruang jualan, Run Hub ini menjadi pusat sehenti untuk pelari semua peringkat iaitu daripada pelari rekreasi hingga ke atlet kompetitif dengan fokus terhadap prestasi, keselesaan dan semangat komuniti.


Selepas kejayaan pusat sama di Jepun dan China, pembukaan edisi Kuala Lumpur ini menandakan langkah penting New Balance dalam memperluas budaya larian ke rantau ini. 

Ia bukan sekadar tempat membeli kasut, tetapi ruang interaktif yang dibina untuk pergerakan dan hubungan antara pelari.

Antara kemudahan menarik yang ditawarkan termasuk ruang simpanan beg yang selamat, pinjaman kasut prestasi New Balance bagi sesi larian percubaan di sekitar Taman KLCC, serta imbasan kaki 3D lanjutan dengan konsultasi pakar untuk membantu pelari mencari padanan kasut terbaik mereka.

Run Hub KLCC kini dibuka secara rasmi kepada orang ramai, dan bakal menganjurkan siri aktiviti komuniti pelari bermula November ini, sejajar dengan misi New Balance untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab utama budaya larian di Asia Tenggara.