Jersi sudah dilancar, peminat KDA FC & KL City FC kecewa
Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC dan juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur City FC baru-baru ini telah melancarkan jersi baharu yang akan digunakan untuk musim 2022.
KDA FC masih lagi menggunakan penaja yang sama seperti musim lalu dan ianya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Ada peminat yang begitu kecewa dengan design yang dikeluarkan pada musim ini.
Ada juga yang mempersoalkan jenama itu sudah tidak relevan lagi dan berpendapat bahawa jenama-jenama lain perlu menaja pasukan untuk musim-musim seterusnya.
Selain itu, ada yang membandingkan jersi pada tahun ini dengan jersi pasukan pada musim lalu. Mereka lebih menyukai jersi pada musim lepas yang lebih segar dan mempunyai design yang mantap.
Begitu juga ceritanya dengan jersi KL City FC. Dengan penaja baharu pada musim ini, rata-rata peminat mengharapkan design jersi pasukan akan lebih menarik.
Namun, sama dengan penyokong KDA FC, penyokong-penyokong KL City juga kelihatan kecewa. Ada yang menganggap bahawa ianya jersi kitar semula daripada musim lepas.
Ada juga penyokong yang mempersoalkan sama ada pasukan mempunyai pereka design yang lebih baik untuk mereka design jersi baharu KL City FC. Beliau berpendapat bahawa design yang dihasilkan oleh kelab penyokong jauh lebih baik berbanding design yang sedia ada.
Reaksi yang diterima daripada kedua-dua penyokong pasukan ini membuktikan mereka masih mengikuti perjalanan pasukan kesayangan mereka. Biarpun rata-rata komen yang diterima lebih kepada kekecewaan, namun mereka akan terus berada di belakang pasukan yang mereka sokong.