Harimau Muda B-16 Terbang ke Croatia sebagai persiapan Kelayakan Piala Asia B-17

237

Ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, Javier Jorda Ribera, telah menyenaraikan 30 pemain muda berbakat bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya B-16 bermula Jumaat, 24 Oktober 2025. 

Persiapan rapi ini menjadi langkah penting menjelang Kelayakan Piala Asia B-17 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 30 November 2025 di Hanoi, Vietnam.


Kem latihan akan berlangsung dalam tiga fasa utama bagi memastikan skuad muda negara berada pada tahap terbaik. 

Fasa pertama bermula di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang dari 24 hingga 26 Oktober, sebelum pasukan dijadual berlepas ke Croatia untuk Fasa kedua, di mana mereka akan menyertai International Friendly Tour Series dari 27 Oktober hingga 10 November 2025.

Sekembali ke tanah air, Fasa ketiga akan diteruskan di AMD dari 10 hingga 17 November sebelum skuad muda negara bertolak ke Hanoi bagi menghadapi saingan kelayakan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Vietnam, Singapura, Hong Kong, Kepulauan Mariana Utara dan Macau, satu kumpulan kompetitif yang menjanjikan aksi sengit.

Dengan gabungan bakat segar dan perancangan taktikal tersusun, Harimau Malaya B-16 kini bersedia mengaum di pentas Asia!