Manchester United & Newcastle rebut Elliot Anderson
Manchester United dan Newcastle United dilaporkan sedang memantau rapat pemain tengah England, Elliot Anderson yang tampil cemerlang bersama Nottingham Forest.
Dipetik dari BBC, kelab itu dilaporkan hanya akan melepaskan pemain berusia 22 tahun tersebut dengan harga tinggi antara £100 juta hingga £120 juta, menjadikannya antara prospek paling mahal di pasaran ketika ini.
Dalam masa yang sama, Barcelona dilaporkan berada di kedudukan teratas untuk mendapatkan Marcus Rashford secara tetap selepas pemain itu kembali menyerlah ketika dipinjamkan ke kelab La Liga tersebut.
Sementara itu, adik kepada Jude Bellingham, Jobe Bellingham, dikatakan tidak berminat untuk menyertai Manchester United meskipun minat kuat ditunjukkan oleh kelab tersebut terhadapnya.
Drama perpindahan ini dijangka menjadi antara tumpuan utama menjelang jendela perpindahan akan datang.