Andrews hidupkan sengat baharu Brentford!
Dalam peralihan hangat, Keith Andrews muncul sebagai pengurus baru Brentford selepas era gemilang bersama Thomas Frank.
Memetik laporan dari BBC, meskipun ramai mempertikaikan keupayaan pasukan selepas melepaskan kapten Christian Norgaard dan pemain bintang Bryan Mbeumo, kemenangan dramatik 3-2 ke atas Liverpool kini menegaskan strategi baharu mereka.
Rekod di laman sendiri terus mengukuh dan hanya segelintir pasukan unggul seperti Arsenal, Manchester City, Manchester United, Chelsea, Liverpool, Tottenham dan Bournemouth berjaya menjaringkan lebih tinggi daripada 14 gol yang dicatatkan Brentford dalam sembilan perlawanan.
Penyerang Igor Thiago pula menyumbang enam gol sekaligus menjadikan beliau penjaring kedua terbanyak Premier League.
Andrews, dalam peranan pertamanya di liga utama, memilih pendekatan yang lebih berbeza iaitu evolusi taktikal berbanding revolusi dengan menumpukan kepada pembangunan kualiti individu.
“Kami memiliki kehebatan individu… pemain yang mampu melakukan detik magis,” jelasnya.
Walaupun penguasaan bola pasukannya sedikit menurun, statistik keseluruhan masih hampir sama dengan era Frank, menunjukkan kesinambungan prestasi.
Dengan pendekatan dingin dan taktikal tajam, Brentford kini kembali menjadi pasukan yang sukar ditewaskan dan Andrews sedang membina warisan baharu dengan tenang, tetapi pasti.