Epic Showdown di Genting! Pertarungan epik Combat Muay Thai pertama Malaysia

100

Sejarah bakal tercipta apabila acara Combat Muay Thai pertama di Malaysia berlangsung di pentas lagenda Arena of Stars, Resorts World Genting pada 6 Disember 2025 (Sabtu). 

Malam bersejarah ini bakal menggabungkan aksi, semangat dan keberanian dalam satu pertunjukan yang dijangka menggegarkan seluruh arena.


Bersiap sedia untuk menyaksikan malam penuh adrenalin apabila jaguh-jaguh Malaysia turun bertarung menentang pencabar antarabangsa dalam perebutan gelaran berprestij. 

Bukan sekadar pertarungan fizikal, acara ini turut menjadi simbol kebangkitan seni bela diri tempatan di pentas dunia.

Antara pertarungan pembuka kad utama yang bakal memanaskan gelanggang termasuk Sharil Aiman menentang Ariq Iqwan, diikuti pertembungan sengit Reza Machete menentang Nik Danial, serta aksi teknikal antara Affendi Melati dan Arysh Shahdad. 

Setiap pertarungan dijangka membawa intensiti dan strategi tersendiri, menjadikan malam ini mustahil untuk dilepaskan.

Tumpuan turut terarah kepada kemuncak Final MEGA 8 Pro Muay Thai, yang mempertemukan Yuskhairul “Mat Korro” dan Ahmad Hafizi dalam pertembungan klasik New School vs Old School, di mana pemenang akan membawa pulang Gelar MEGA 8 Muay Thai. 

Turut menjadi tumpuan ialah Nigel Liong vs Nawid “The Dynamite” dalam perebutan gelaran tinju dalam aksi penuh gaya dan tenaga muda.

Sementara itu, kategori MuaySport A (Semi-Pro) menampilkan pertembungan teknikal antara Firdaus dan Khai Weng (Jerry), manakala acara separuh kemuncak mempertemukan bintang Malaysia, Izat Zaki, dengan juara kebangsaan Filipina yang masih belum tewas, Khen Marques, dalam pertarungan yang dijangka menjadi tumpuan sebenar dalam sejarah Muay Thai Malaysia.

Acara akan turut dimeriahkan dengan penampilan ikon sukan Malaysia seperti Jihin Radzuan dan Ariesya Dania, di samping persembahan hebat daripada Malaysia Hands Percussion yang pasti menggegarkan dewan dengan hentakan irama penuh semangat.

Ini bukan sekadar malam pertarungan, ia adalah pentas epik yang menyatukan sukan, budaya, dan hiburan di lokasi paling ikonik di Malaysia.

Dapatkan tiket anda sekarang melalui pautan rasmi di https://www.ticket2u.com.my/event/45379/mfn-grand-final-genting-highlands dan nikmati harga istimewa dengan menggunakan kod promo Harimau Malaya: HM5

Sidang media Mega Fight Night (MFN) bersama petarung-petarung juga akan berlangsung di Genting pada 2 November ini.

Tempat duduk terhad jadi rebut peluang anda sebelum terlambat!