Will Still dipecat selepas 5 bulan, Southampton goyah di Championship

32

Southampton mengumumkan pemecatan pengurus mereka, Will Still, selepas hanya lima bulan membimbing pasukan itu dalam saingan Championship. 

Dipetik dari BBC, keputusan itu dibuat susulan prestasi hambar apabila The Saints hanya mencatat dua kemenangan daripada 13 perlawanan liga musim ini, sekali gus menjunam ke tangga ke-21 carta.


Still, 33, dilantik pada Mei lalu selepas meninggalkan kelab Ligue 1, Lens, namun gagal menstabilkan prestasi pasukan yang baru tersingkir dari Premier League musim lalu. 

Kekalahan 0-2 kepada Preston North End pada Sabtu menjadi kemuncak kepada tekanan ke atas beliau.

Dalam kenyataan rasmi, Southampton turut mengesahkan pemergian Ruben Martinez, Clement Lemaitre dan Carl Martin, manakala jurulatih pasukan bawah 21 tahun, Tonda Eckert, akan mengambil alih secara sementara.

Pengarah teknikal, Johannes Spors, berkata perubahan ini perlu dibuat bagi memberi peluang terbaik untuk mengubah nasib pasukan.

“Will seorang yang berdedikasi, tetapi proses pemulihan pasukan mengambil masa lebih lama daripada jangkaan,” ujarnya.

Still menegaskan selepas perlawanan terakhirnya bahawa tiada penyelesaian segera bagi masalah pasukan, namun mengakui masih banyak kerja perlu dilakukan untuk mengembalikan semangat dan kestabilan skuad tersebut.