Warisan budaya & tradisi – adidas perkenal koleksi jersi ikonik menjelang Piala Dunia 2026

112

Jenama sukan terkemuka dunia, adidas, sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan koleksi jersi ‘home’ terbesar dalam sejarah bola sepak antarabangsa menjelang Piala Dunia 2026. 

Koleksi ini melibatkan 22 pasukan rakan kongsi rasmi, termasuk Argentina, Itali, Jerman, Jepun, Mexico, Sepanyol dan Belgium antara kuasa besar bola sepak dunia yang bakal beraksi di kejohanan paling berprestij itu.


Menariknya, setiap rekaan jersi menonjolkan gabungan antara warisan budaya, tradisi dan identiti visual negara dengan sentuhan reka bentuk moden yang melambangkan semangat generasi baharu pemain dan penyokong. 

Dari corak klasik yang diolah semula hingga elemen simbolik yang mengangkat sejarah kemenangan, setiap jersi bukan sekadar pakaian di padang, tetapi manifestasi kebanggaan nasional.

adidas turut menampilkan teknologi CLIMACOOL+ terkini, menggunakan fabrik 3D kejuruteraan khas bagi memastikan pemain kekal sejuk dan kering walaupun dalam cuaca panas. 

Jalur tiga lebar berperforasi serta panel mesh strategik memberikan pengudaraan maksimum, satu revolusi dalam teknologi pakaian sukan moden.

Dalam pada itu, rekaan kali ini juga diserikan dengan lambang pasukan dan logo adidas lentikular, yang menghasilkan kesan visual berubah-ubah apabila dilihat dari sudut berbeza sekaligus menjadi simbol kemajuan dan keberanian adidas dalam memperkasa estetika bola sepak global.

Menurut Pengurus Besar Bola Sepak adidas, Sam Handy, “Jersi kebangsaan ialah lambang perpaduan dan kebanggaan rakyat. Pada Piala Dunia terbesar dalam sejarah ini, setiap pasukan membawa harapan generasi baharu sambil menghormati legasi mereka yang terdahulu.”

Argentina

Rekaan tradisional Argentina dengan jalur menegak biru langit dan putih kini tampil dengan gaya baharu yang dinamik melalui kesan pudar tiga warna unik, menggambarkan tona biru daripada tiga jersi kemenangan Piala Dunia terdahulu — 1978, 1986 dan 2022. Pada bahagian belakang leher tertera tulisan khas “1896” sebagai simbol penghargaan kepada tahun penubuhan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA).

Jerman

Mengangkat semangat kejayaan lampau di pentas Piala Dunia, jersi ‘home’ Jerman memberi penghormatan kepada beberapa jersi ikonik negara itu. Corak berlian berulang dan perincian chevron diinspirasikan daripada rekaan klasik terdahulu, termasuk jersi kemenangan bersejarah pada tahun 2014.

Itali

Tradisi dan inovasi berpadu dalam jersi utama Itali yang diilhamkan daripada warisan bola sepak negara berkenaan. Reka bentuk berani ini meraikan identiti Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC). Tulisan “Azzurra” gelaran pasukan kebangsaan Itali yang bermaksud “biru” tertera dalam huruf keemasan di bahagian belakang leher, melambangkan keanggunan dan kebanggaan nasional.

Jepun

Warna biru klasik jersi utama Jepun diserikan dengan corak grafik abstrak yang menampilkan garis halus berwarna biru kelabu, menggambarkan kabus lembut yang memisahkan tempat langit dan laut bertemu di Jepun. Bendera Jepun pula diletakkan dengan megah sebagai tanda penutup di bahagian belakang leher.

Warisan dan masa depan disatukan dalam jersi utama baharu Mexico. Rekaan ini mencerminkan tenaga dan semangat kebanggaan yang bakal menyatukan generasi peminat ketika Piala Dunia akan datang. Ia meraikan sokongan padu sebuah negara yang hidup dengan bola sepak, di mana setiap detik dikongsi mencerminkan jiwa Mexico. Di bahagian belakang leher, tertera frasa “SOMOS MÉXICO” yang bermaksud “Kami adalah Mexico” iaitu simbol penyatuan dan semangat membara rakyatnya.

Sepanyol

Jersi utama Sepanyol untuk Piala Dunia 2026 tampil kemas dengan rekaan jalur halus menegak berwarna kuning di atas dasar merah, diinspirasikan daripada warna bendera dan lambang kebangsaan. Semangat negara diterjemahkan melalui perkataan “ESPAÑA” yang tertera di bahagian belakang leher, membawa erti kebanggaan dan semangat juang setiap pemain yang memakainya.

Koleksi penuh ini akan dilancarkan secara rasmi bermula 6 November di www.adidas.com.my dan kedai runcit terpilih di seluruh dunia, menandakan satu lagi langkah besar adidas dalam menggabungkan gaya, teknologi dan semangat kebangsaan di pentas bola sepak dunia.