Tawaran tiket Tier 2 MFN tamat 11 November — Jangan lepaskan peluang saksikan Izat Zaki vs Khen Marques!
Arena seni bela diri tempatan bakal menyaksikan satu pertembungan bersejarah apabila jaguh Muay Thai Malaysia, Izat Zaki, bakal menentang juara kebangsaan Filipina yang belum pernah tewas, Khen Marques, dalam acara Mega Fight Night (MFN) yang dijadual berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting, pada 6 Disember ini.
Pertarungan ini bukan sekadar pertemuan dua pejuang elit, tetapi simbol kebangkitan Muay Thai Malaysia di pentas antarabangsa. Izat Zaki, yang memiliki rekod profesional 47 kemenangan, telah menjuarai pelbagai kejohanan berprestij seperti AFC, World Muay Thai Championship (WMC Singapore), FURY Championship, serta empat kali menjuarai Kuda Merah Championship.
Beliau turut mencatat KO terpantas dalam sejarah Pahlawan Championship dengan hanya dalam masa 30 saat.
Namun cabaran sebenar menanti apabila Izat bakal berdepan Khen Marques, pejuang muda dari Filipina yang mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Marques dikenali dengan gaya bertarung agresif dan stamina luar biasa, menjadikan pertemuan ini antara yang paling dinanti dalam sejarah Muay Thai Malaysia.
Menariknya, sambutan jualan tiket MFN amat luar biasa, dengan lebih 60 peratus tempat duduk telah terjual, walaupun acara masih berbaki lebih sebulan sebelum berlangsung.
Hanya empat meja VIP masih tersedia, sekali gus menggambarkan minat tinggi dalam kalangan peminat sukan tempatan dan antarabangsa untuk menyaksikan pertarungan ini secara langsung.
Penganjur turut menawarkan diskaun lima peratus bagi pembelian awal menggunakan kod PHET5 atau KHEN5 melalui laman rasmi t2u.asia/e/45379.
Harga tiket Tier 2 bermula pada RM69, dengan kategori lain termasuk RM110, RM159, RM235 (VIP), serta RM2,700 untuk VIP Table (10 orang).
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket pada harga istimewa ini sebelum 11 November, sebelum ia beralih ke peringkat seterusnya.
Dengan reputasi hebat dua jaguh Asia Tenggara ini serta sambutan luar biasa daripada peminat, Mega Fight Night 2024 dijangka menjadi antara acara pertarungan paling bersejarah di Malaysia, satu malam yang bakal menentukan siapakah raja sebenar gelanggang Asia.