Sesko terlepas aksi penting kelayakan Piala Dunia dek kecederaan

44

Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, disahkan akan terlepas dua aksi penting kelayakan Piala Dunia bersama Slovenia selepas mengalami kecederaan lutut dalam keputusan seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur hujung minggu lalu. 

Dipetik dari BBC, Sesko hanya sempat beraksi 30 minit sebelum dikeluarkan selepas bertembung dengan Micky van de Ven, namun pemeriksaan awal menunjukkan kecederaannya tidak serius.


Ketua jurulatih United, Ruben Amorim, berkata walaupun kecederaan lutut sukar dijangka, hasil pemeriksaan lanjut di pusat latihan Carrington dijangka mengesahkan bahawa Sesko tidak perlu berehat panjang. 

Walau bagaimanapun, ketiadaannya tetap menjadi tamparan menjelang aksi Slovenia menentang Kosovo dan Sweden, yang penting bagi peluang mereka ke pusingan play-off.

Sementara itu, pertahanan Lisandro Martinez kembali menjalani latihan selepas pembedahan lutut besar Februari lalu. United membenarkan pemain Argentina itu menyertai skuad kebangsaan di Eropah tetapi tidak akan diturunkanmenentang Angola. 

Seorang pegawai kecergasan United turut akan mengiringinya bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar sebelum kembali beraksi sepenuhnya.