PUBG MOBILE Versi 4.1 bawa Frost Festival & Mod Baharu “Frosty Funland” penuh keriangan musim sejuk
PUBG MOBILE sekali lagi memeriahkan dunia permainan mudah alih dengan pelancaran Kemas Kini Versi 4.1, yang akan tersedia sehingga 5 Januari 2026. Kemas kini kali ini mengetengahkan Frost Festival, sambutan musim sejuk penuh keceriaan yang menampilkan mod baharu Frosty Funland, pelbagai kolaborasi menarik, serta penambahbaikan permainan utama yang memberi pengalaman baharu kepada semua pemain.
Dalam Frosty Funland, pemain akan dibawa ke Penguinville, sebuah bandar berlapis salji yang dibina oleh penguin pintar. Di sini, pemain boleh menjelajah glasier berkilauan, menemui NPC menarik, dan berinteraksi dengan Ninja Penguin PowNin, teman AI pertama yang boleh dikawal melalui suara, teks, dan arahan pantas.
Pemain juga boleh menaiki Kereta Salji Penguin, menamatkan percubaan bertema untuk membuka pencapaian eksklusif, serta mengumpul dan menghantar jemputan parti dalam mod empat pemain bagi memperoleh ganjaran khas.
Selain mod utama, Frost Festival turut memperkenalkan Dewan Wintercrest di Snowy Vale, kawasan masa terhad yang menawarkan muzik perayaan, ganjaran bekalan dan acara Bunga Api Undur Tahun Baru.
Pemain yang menyertai kempen amal Frosty Funland akan membantu penguin membersihkan kesan minyak, di mana setiap interaksi menyumbang kepada sumbangan global USD 100,000 untuk pemuliharaan penguin di Afrika Selatan dan Amerika Selatan.
Kemas kini Versi 4.1 juga menyaksikan perubahan pada Mod Klasik menjelang PMGC 2025, penambahbaikan senjata, kawasan Boatyard baru, dan sistem Loot Truck strategik.
Selain itu, Metro Royale Bab 29, Musim 27 Kitaran 9, serta World of Wonder (WOW) memberikan pengalaman kreatif baharu termasuk kenderaan, senjata, dan misi tersuai.
Bersedialah untuk menyelami dunia musim sejuk penuh aksi, perayaan, dan kreativiti di PUBG MOBILE Versi 4.1. Muat turun sekarang di App Store atau Google Play untuk menikmati keseronokan tanpa henti.