Kane, Bellingham dan Foden tidak sesuai bermain bersama dalam sistem England – Tuchel

154

Pengurus England, Thomas Tuchel, menegaskan bahawa trio bintang Jude Bellingham, Phil Foden dan Harry Kane tidak boleh diturunkan serentak dalam sistem taktikal semasa skuad Tiga Singa.

Dipetik dari BBC, Tuchel berkata keseimbangan pasukan menjadi faktor utama mengapa ketiga-tiga pemain itu sukar digabungkan dalam kesebelasan utama.


“Buat masa ini, jika kami kekalkan struktur sedia ada, mereka tidak boleh bermain bersama,” katanya kepada TalkSport.

Jurulatih Jerman itu menjelaskan bahawa Bellingham dan pemain Aston Villa, Morgan Rogers, kini bersaing untuk posisi nombor 10, manakala Foden tidak lagi dilihat sebagai pemain sayap, tetapi sebagai “gabungan nombor sembilan dan nombor 10.”

Walaupun ketiga-tiganya merupakan antara pemain paling berbakat di dunia, Tuchel menegaskan bahawa struktur taktikal yang menekankan peranan pemain sayap sebenar tidak membenarkan fleksibiliti untuk menempatkan kesemua mereka secara serentak tanpa menjejaskan keseimbangan pasukan.