Aspek jenayah skandal pemalsuan dokumen FAM di bawah KDN – Hannah Yeoh

176

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menjelaskan bahawa aspek jenayah dalam skandal pemalsuan dokumen FAM adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan tindakan seterusnya akan diumumkan selepas pihak berkenaan meneliti keputusan penuh FIFA.

Menurut Hannah, beliau telah pun menghubungi Menteri Dalam Negeri bagi mendapatkan perkembangan awal siasatan, namun, beliau masih menunggu maklum balas kerana KDN memerlukan masa untuk meneliti dokumen motivated decision FIFA secara terperinci.


“Untuk aspek jenayah, itu di bawah KDN. Saya sudah menghubungi Menteri Dalam Negeri, tapi saya belum dapat maklum balas kerana saya baru hubungi beliau. Kita beri beliau masa untuk meneliti juga,”

katanya.

Hannah berkata demikian ketika sidang media selepas majlis pengumuman penajaan rasmi Skechers x Team Malaysia bagi Sukan SEA ke-33.

Dalam pada itu, Hannah turut berkata penjelasan berkaitan peranan dan pendirian KBS pula akan dibentangkan secara rasmi dalam sesi penggulungan belanjawan kementeriannya di Parlimen esok.

“Untuk KBS, esok kita akan jawab di Parlimen.”