Ivan Toney gaji lebih rendah demi kembali ke Premier League
Penyerang Al-Ahli dan England, Ivan Toney dilaporkan bersedia menerima pemotongan gaji besar bagi membolehkan beliau kembali ke Premier League pada jendela perpindahan Januari.
Dipetik dari Teamtalk, pemain berusia 29 tahun itu dikatakan mahu kembali bersaing di peringkat tertinggi selepas kurang puas dengan tahap kompetitif liga di Arab Saudi.
Tottenham Hotspur dan Everton antara kelab yang paling berminat membawa masuk Toney, dengan kedua-duanya melihat beliau sebagai solusi kepada masalah ketajaman di bahagian serangan.
Namun, gaji tinggi Toney sebelum ini dianggap halangan utama.
Kesediaannya untuk menerima gaji lebih rendah membuka ruang perpindahan ini menjadi kenyataan.
Perbincangan dijangka diteruskan dalam minggu-minggu terdekat, menjadikan Toney salah satu nama paling panas menjelang Januari.