Sports Direct lancar flagship paling ‘Elevated’ di IOI City Mall
Sports Direct Malaysia terus mengukuhkan jenamanya dalam segmen runcit sukan tanah air apabila membuka flagship elevated ketiga di IOI City Mall, Putrajaya yang merupakan satu langkah yang menyerlahkan komitmen mereka untuk membawa pengalaman membeli-belah bertaraf dunia kepada peminat sukan tempatan.
Dengan keluasan lebih 20,000 kaki persegi, stor serba baharu ini direka sebagai destinasi sehenti buat semua, daripada atlet profesional, pemain hujung minggu hinggalah keluarga yang ingin mencari pakaian dan peralatan sukan terbaik.
Dengan rangkaian jenama global seperti Nike, adidas, Asics, New Balance termasuk Everlast, Karrimor dan Slazenger, pelanggan boleh menikmati pilihan yang jauh lebih menyeluruh.
Bagi peminat bola sepak, inilah zon wajib singgah kerana Sports Direct memperkenalkan Zon Bola Sepak Terbesar mereka di Malaysia, menampilkan dinding kasut bola bertaraf elit, jersi kelab dan negara, serta pelbagai aksesori latihan.
Kawasan ini disusun dengan lebih moden dan imersif, sesuai untuk pemain yang ingin ‘upgrade’ gear mereka.
Kehadiran USC yang menawarkan jenama gaya hidup premium seperti Jack Wills, Fila, Vans dan Converse pula memberi nafas segar kepada pengunjung yang mengutamakan gaya luar padang.
Bukan setakat itu, stor ini turut diperkuat sentuhan digital melalui paparan LED dinamik yang mempamerkan promosi serta koleksi terbaharu secara masa nyata menjadikannya antara pengalaman membeli-belah paling moden di Malaysia.
Rekaan keseluruhan juga diberi sentuhan eksklusif dengan siling cermin, terowong LED dan mural khas meraikan identiti Putrajaya.
Ia bukan sekadar stor, tetapi ruang yang menggabungkan inovasi global dengan jiwa tempatan.
Menurut Dave Forsey, Pengurus Besar APMEA, pembukaan ini adalah simbol usaha berterusan Sports Direct untuk menaikkan standard runcit sukan negara:
“Tak kira anda atlet profesional atau hanya ingin kekal aktif bersama keluarga, stor ini dibina khas untuk anda.”
Dengan pembukaan ini, tidak keterlaluan untuk mengatakan Sports Direct baru sahaja menetapkan penanda aras baharu untuk runcit sukan di Malaysia.