Haaland pecah rekod EPL, jadi pemain terpantas ledak 100 gol
Erling Haaland sekali lagi mencuri tumpuan dunia bola sepak apabila memecahkan rekod Alan Shearer sebagai pemain terpantas mencapai 100 gol dalam sejarah Premier League.
Dipetik dari BBC, detik bersejarah itu hadir ketika penyerang Norway berusia 25 tahun itu menjaringkan gol dalam kemenangan dramatik 5-4 Manchester City ke atas Fulham.
Musim ini Haaland terus menunjukkan ketajaman luar biasa, merekodkan 20 gol dalam 19 perlawanan dalam semua pertandingan.
Apa yang lebih menarik, beliau mencatat rekod berprestij ini selepas melalui tiga perlawanan tanpa gol — sesuatu yang jarang berlaku — ketika City tewas kepada Newcastle dan Bayer Leverkusen serta menang ke atas Leeds.
Namun, Haaland kembali membuka akaun jaringan dengan penyudah menarik hasil hantaran Jeremy Doku pada separuh masa pertama di Craven Cottage, sekali gus mengesahkan statusnya sebagai salah satu penyerang paling berbahaya di dunia.
“Detik membanggakan, Kelab 100 gol sangat besar. Untuk mencapainya secepat ini amat menakjubkan. Menjaringkan gol adalah tugas saya — dan saya rasa saya melakukannya dengan baik!”