Terengganu Marathon 2026: Destinasi marathon terbesar & paling ‘scenic’ di Malaysia!

34

Setelah kejayaan luar jangkaan Terengganu Marathon 2025, acara larian paling dinanti di Pantai Timur kini kembali dengan lebih gah! 

Terengganu Marathon 2026 (TM26) dijangka menjadi salah satu acara marathon terbesar di Malaysia, menarik lebih 30,000 pelari dari seluruh negara dan luar negara pada 1-2 Mei 2026 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.


Jika sebelum ini nama seperti Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) dan SCORE Marathon menjadi tumpuan dengan jumlah peserta mencecah puluhan ribu, TM26 kini muncul sebagai acara berprestij dengan pengalaman larian unik, scenic, dan profesional.

42KM Full Marathon TM26 akan menampilkan laluan ikonik dua Jambatan yang dipertingkatkan, membawa pelari melalui lokasi bersejarah, kawasan waterfront moden, serta panorama pantai Terengganu yang memukau. 

Laluan ini direka landai & scenic, memberi peluang pelari mencapai Personal Best (PB) sambil menikmati pemandangan memukau.

Manakala untuk Half Marathon 21KM pula adalah kategori antarabangsa yang akan menampilkan atlet elit dari luar negara, menambahkan elemen kompetitif yang lebih menarik. 

Laluan ini bermula dari Kompleks Sukan, seterusnya melalui Pantai Miami, Drawbridge, kawasan Shahbandar, TNB, Jambatan Sultan Mahmud, Jalan Semarak, dan kembali ke Kompleks Sukan, menjanjikan pengalaman larian profesional di lokasi-lokasi terkemuka di Terengganu.

Sementara itu, bagi pelari kasual dan pemula pula, 10KM Route TM26 menawarkan laluan laju & scenic, sesuai untuk semua peringkat. 

Laluan ini mengekalkan elemen pantai Terengganu dengan pemandangan pesisir yang memukau, elevation rendah, dan spot foto cantik sepanjang laluan, membolehkan pengalaman larian lebih menyeronokkan dan selesa.

Selain pengalaman larian yang menakjubkan, setiap pembelian di Shop Terengganu Marathon memberi peluang kepada pelari untuk memenangi hadiah eksklusif, termasuk Ducati Monster dan percutian ke Turkiye melalui tiket cabutan bertuah. 

Ini menjadikan TM26 bukan sahaja destinasi larian, tetapi juga pengalaman lengkap untuk para pelari dan penyokong.

Daftar awal sekarang untuk mengamankan tempat anda dan jadikan TM26 destinasi PB anda! 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada marathon yang bukan sahaja besar dari segi peserta, tetapi juga pengalaman, cabaran, dan kenangan.

🔗 Daftar & Shop Sekarang