Atalanta bangkit, Chelsea tersungkur di Bergamo
Harapan Chelsea untuk layak secara automatik ke pusingan kalah mati Champions League menerima tamparan hebat apabila Atalanta bangkit menewaskan mereka 2-1 di Bergamo.
Dipetik dari BBC, kedua-dua pasukan sebelum ini berkongsi rekod sama dalam fasa liga, masing-masing dengan tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan, menjadikan kedudukan mereka seimbang dengan 10 mata.
Chelsea terlebih dahulu mendahului pada separuh masa pertama menerusi jaringan Joao Pedro, hasil hantaran silang Reece James.
Bagaimanapun, Atalanta terus menekan dan menyamakan kedudukan melalui tandukan Gianluca Scamacca pada babak kedua.
Jaringan kemenangan hadir lewat permainan apabila pertahanan Chelsea memberi ruang kepada Charles de Ketelaere, yang pantas menanduk masuk bola untuk menamatkan impian Blues.
Percubaan terakhir Chelsea diselamatkan cemerlang oleh penjaga gol Atalanta, Marco Carnesecchi.
Keputusan ini menyaksikan Chelsea jatuh ke tangga ke-11, manakala Atalanta melonjak ke tempat ketiga dengan tiga mata di hadapan.