Napoli mara ke final Piala Super Itali, Hojlund jadi wira

14

Napoli memastikan tempat di final Piala Super Itali selepas menewaskan AC Milan di Riyadh, dengan Rasmus Hojlund muncul wira perlawanan. 

Dipetik dari BBC, David Neres membuka jaringan enam minit sebelum separuh masa pertama apabila menolak masuk bola selepas hantaran semula Hojlund tersasar ke arahnya.


Hojlund kemudian menggandakan kedudukan Napoli pada minit ke-63 menerusi sepakan rendah dan padu, sekaligus menegaskan dominasi juara Serie A itu. 

Napoli kini menanti pemenang separuh akhir kedua antara Bologna dan Inter Milan untuk menentukan lawan pada final Isnin nanti.

Kapten Napoli, Giovanni di Lorenzo, memuji persembahan pasukannya: “Kami menunjukkan komitmen dan niat yang tinggi. Ini kemenangan penting untuk pasukan.”

Kemenangan ini memberikan suntikan semangat buat pasukan kendalian Antonio Conte selepas tewas kepada Udinese dalam liga hujung minggu lalu. 

Napoli kini berada di tangga ketiga Serie A, dua mata di belakang Inter Milan dan satu mata di belakang AC Milan. 

Piala Super Itali akan terus berlangsung di Arab Saudi sehingga 2029, mempertemukan juara dan naib juara Serie A serta Coppa Italia.