Tanpa media dan penyokong, kelab bola sepak tak akan ke mana

5,397

Apabila saingan Liga Malaysia bakal bermula, maka setiap pasukan yang bersaing pastinya sibuk membuat persiapan bagi memantapkan skuad sebelum turun beraksi.

Selain pasukan bola sepak, pengamal media juga tidak kurang sibuknya dalam membuat liputan pasukan-pasukan yang bersaing demi peminat bola sepak tanah air.


Hubungan antara media rasmi pasukan bola sepak dan pengamal media sepatutnya tidak boleh ada jurang kerana kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain.

Agak mengejutkan apabila media rasmi salah sebuah pasukan yang turun pangkat bermain di Liga Perdana musim ini bersikap sombong dan biadap apabila dihubungi Harimau Malaya.

Pada mula dihubungi, mereka memberi kerjasama dengan baik sekali dan mesra dengan menetapkan tarikh dan masa untuk ditemubual dan meminta kami untuk double confirm dengan pihak media rasmi mereka.

Selepas beberapa kali gagal dihubungi, pegawai media tersebut telah menghubungi kami semula dengan berkata; “Orang sibuk training nak datang pulak, datang esok (acara rasmi pasukan) jela!”

Agak mengejutkan apabila mendapat respon sebegitu kerana ini kali pertama kami berdepan situasi seperti ini.

Sebelum ini kami juga pernah berurusan dengan pegawai media rasmi dari pasukan-pasukan besar dalam Liga Super Malaysia dan just kelab-kelab dari M3 mahupun Kerteh FC yang ditubuhkan belum cukup pun empat tahun, namun langsung tidak berdepan situasi seperti ini, malah mereka berbesar hati menerima kunjungan kami.

Jika tidak dapat memenuhi permintaan sopan kami untuk temubual, pegawai media rasmi mereka akan memaklumkan kepada kami.

Agak mengecewakan apabila ada segelintir pegawai media rasmi bersikap demikian yang boleh disifatkan tidak beretika dan tidak profesional langsung kerana tanpa sokongan media dan penyokong, bola sepak tidak dapat berkembang. Di manakah Media Management anda?

Memetik kenyataan dari pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor: ‘Tiada siapa lebih besar dari kelab’. Walaupun anda bekerja di Manchester United atau Real Madrid, jangan fikir anda pegawai media, anda berasa seperti berada di puncak dunia.

Diharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi terutamanya dalam kancah Liga Malaysia kerana kerjasama antara media, pasukan dan peminat sangat penting dalam memajukan industri bola sepak tempatan.

Majulah sukan demi negara!