Julang piala bersama Napoli, Hojlund ‘sindir’ Manchester United di Instagram

55

Kemenangan Napoli menjulang Supercoppa Italiana bukan sahaja diraikan di atas padang, malah turut mencuri perhatian di media sosial menerusi satu hantaran oleh Rasmus Højlund.

Penyerang Denmark itu memuat naik gambar dirinya bersama trofi berkenaan di Instagram, disertakan kapsyen ringkas berbunyi “What a great decision looks like.”


Hantaran tersebut segera menarik perhatian peminat bola sepak, khususnya kerana kapsyen itu dianggap mempunyai maksud tersirat.

Ramai yang menafsirkan kata-kata Højlund sebagai satu sindiran halus terhadap kelab yang meminjamkannya, Manchester United, seolah-olah menggambarkan perpindahannya ke Napoli mjsim ini sebagai keputusan yang bagus berbanding kekal di England.

Tambahan pula, United ketika ini masih lagi bergelut untuk mempameran prestasi konsisten dalam saingan musim ini.

Napoli menewaskan Bologna 2-0 dalam perlawanan akhir Supercoppa Italiana, dengan Højlund menjadi sebahagian daripada skuad yang tampil cemerlang sepanjang kejohanan.

Kejayaan itu menambah koleksi trofi awal musim kelab Serie A tersebut, sekali gus mengukuhkan momentum positif mereka.

Sejak meninggalkan Manchester United, Højlund dilihat semakin menikmati permainannya di Itali, dengan peranan lebih jelas serta sistem permainan yang lebih sesuai dengan gaya beliau.