Nottingham Forest buat aduan rasmi susulan kekalahan kepada Manchester City

38

Nottingham Forest dilaporkan meminta rakaman audio VAR selepas kekalahan 2-1 kepada Manchester City di City Ground, bagi mempertimbangkan kemungkinan membuat aduan rasmi terhadap keputusan pengadil.

Dipetik dari BBC, kelab itu dikatakan sangat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil Rob Jones sepanjang perlawanan, terutamanya gol kemenangan Rayan Cherki pada minit ke-83 yang menurut pengurus Sean Dyche sepatutnya dibatalkan kerana berlaku kekasaran terhadap Morgan Gibbs-White. 


Dyche juga berpendapat Ruben Dias sepatutnya menerima kad kuning kedua selepas separuh masa pertama.

Forest telah menghubungi badan pengadil, Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), untuk mendapatkan rakaman perbualan antara pengadil di padang dan pasukan VAR pada saat-saat penting perlawanan.

Dyche menegaskan bahawa pemain Forest telah menunjukkan bahawa Gibbs-White telah didorong oleh Nico O’Reillysemasa mempertahankan sepakan penjuru, sekaligus menghalang beliau daripada menahan gol Cherki. 

VAR semak gol tersebut tetapi mengekalkan keputusan pengadil di padang.

Kekalahan itu meninggalkan Forest hanya lima mata di atas zon penyingkiran Premier League, menambah tekanan ke atas pasukan dalam perjuangan mengekalkan kedudukan liga.