Tinggal 23 hari lagi! Terengganu Marathon 2026: Hampir 20,000 pelari sudah daftar untuk takluki laluan paling “scenic” di Malaysia
Demam larian di Pantai Timur kini mencapai tahap luar biasa apabila jam mula berdetik untuk salah satu acara sukan paling ikonik tahun ini.
Dengan tempoh pendaftaran yang hanya berbaki 23 hari sahaja lagi, Terengganu Marathon 2026 (TM2026) kini menjadi tumpuan utama komuniti pelari di seluruh negara.
Momentum ini dibuktikan dengan angka pendaftaran yang sangat membanggakan apabila sehingga kini, seramai 19,413 peserta telah pun mengesahkan tempat mereka untuk beraksi di garisan mula.
Pihak penganjur optimis bahawa sasaran keseluruhan sebanyak 30,000 pelari bakal tercapai memandangkan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
Pusat tumpuan acara kali ini akan berpusat di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, sebuah lokasi strategik yang bakal menjadi saksi puluhan ribu pelari berkumpul.
Apa yang menjadikan TM26 kali ini benar-benar istimewa adalah laluan lariannya yang diiktiraf sebagai antara yang paling scenic atau indah di Malaysia yang mana para peserta bukan sahaja akan menguji ketahanan di jalan raya, malah bakal disajikan dengan keunikan seni bina Terengganu melalui laluan merentasi jambatan-jambatan ikonik termasuklah Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Angkat (Drawbridge) yang menjadi mercu tanda kebanggaan negeri.
Pelbagaian kategori yang ditawarkan juga menjadi daya tarikan utama mengapa acara ini disertai oleh segenap lapisan masyarakat. Penganjur menyediakan kategori yang menguji fizikal dan mental seperti Full Marathon sepanjang 42km serta Half Marathon sejauh 21km buat mereka yang ingin menguji had kemampuan diri.
Selain itu, terdapat juga kategori 10km Run yang sentiasa kompetitif, manakala bagi mereka yang ingin menikmati keindahan laluan secara santai bersama keluarga atau rakan-rakan, kategori 5km Fun Run disediakan dengan suasana yang lebih ceria.
Selain daripada kepuasan menamatkan larian dan mengutip pingat penamat yang gah, para peserta mempunyai motivasi tambahan untuk memberikan yang terbaik, TM26 juga menawarkan ganjaran yang sangat lumayan berupa hadiah wang tunai buat para pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan.
Namun, kegembiraan tidak terhenti buat pelari elit sahaja kerana semua peserta yang mendaftar turut berpeluang membawa pulang hadiah hebat melalui slot cabutan bertuah.
Malah, setiap pembelian di Shop Terengganu Marathon turut memberi peluang kepada pelari untuk memenangi hadiah eksklusif yang cukup luar biasa, termasuk sebuah motosikal Ducati Monsterdan pakej percutian impian ke Turkiye melalui tiket cabutan bertuah.
Ini menjadikan TM26 bukan sekadar destinasi larian, tetapi satu pengalaman lengkap yang sangat berbaloi buat para pelari dan penyokong.
Sebagai berita gembira buat anda yang merancang untuk mendaftar, penganjur turut menawarkan diskaun sebanyak 10% dengan menggunakan kod promo harimaumalayatm26.
Tawaran istimewa ini akan bermula pada 15 Januari sehingga 31 Januari 2026 jadi ini merupakan peluang keemasan untuk mendapatkan slot larian dengan harga yang lebih menjimatkan sebelum tempoh pendaftaran tamat secara rasmi.
Memandangkan hari ini adalah 14 Januari, pastikan anda sudah bersedia di hadapan peranti masing-masing untuk menggunakan kod promo tersebut tepat pada jam 12.00 tengah malam ini.
Dengan baki 23 hari yang semakin menyusut, orang ramai dinasihatkan supaya segera mendaftar di laman web rasmi terengganumarathon.com untuk mengamankan tempat anda.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan TM26 sebagai destinasi pencapaian masa terbaik atau Personal Best (PB) anda sambil menikmati keindahan laluan maraton terbesar dan paling cantik di Malaysia ini.
Pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah 30,000 pelari yang bakal mewarnai bumi Terengganu tidak lama lagi. Selamat berlatih dan kita jumpa anda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak