Antara pengurus dan jurulatih: Gareth Southgate dedah perebutan kuasa di kelab moden
Bekas pengendali England, Sir Gareth Southgate, mendedahkan bahawa kuasa pengurus bola sepak kini semakin terhakis akibat perubahan struktur kelab moden.
Dipetik dari BBC, Southgate berkata pengenalan jawatan pengarah sukan dan teknikal telah menyebabkan peralihan kuasa yang ketara daripada pengurus kepada ketua jurulatih.
Southgate berpendapat kemelut di kelab gergasi seperti Real Madrid, Manchester United, dan Chelsea baru-baru ini berpunca daripada perebutan kuasa antara pengendali pasukan dengan pihak atasan atau pemain.
Beliau memetik kenyataan Ruben Amorim yang menegaskan bahawa beliau hadir ke United untuk menjadi ‘pengurus’ dan bukannya sekadar ‘jurulatih’.
Walaupun menyokong evolusi struktur kelab bagi menguruskan isu kompleks seperti data dan kontrak pemain, Southgate menegaskan beban kerja pengendali moden sebenarnya semakin berat.
Selain menguruskan pemain yang kini dianggap sebagai “jenama individu”, mereka juga berdepan tekanan luar biasa daripada media sosial.
Beliau percaya kepimpinan bola sepak harus kembali kepada asas kemanusiaan kerana pemain bukanlah sekadar “magnet di atas papan taktik”, sebaliknya manusia yang memerlukan bimbingan seorang pengurus berwibawa.