Rekod 12 jam lebur! Fazlie Rosli juara 104KM UiTM Ultra

91

Fazlie Rosli terus melakar dominasi dalam kancah larian ultra apabila muncul juara keseluruhan kategori 104KM di UiTM Ultra sebentar tadi. 

Beliau bukan sahaja menang, malah berjaya meleburkan rekod lama 12 jam 30 minit kepada catatan luar biasa, 10 jam 15 minit.


Berbeza dengan kategori 100 batu yang dimenanginya tahun lalu, Fazlie menyifatkan 104KM sebagai cabaran kelajuan. 

“Strateginya berbeza; kita perlu jaga pacing setiap pusingan (loop) dan tidak boleh berehat lama di Check Point (CP),”

katanya.

Menurut Fazlie, meskipun cuaca panas membahang, beliau tetap konsisten mengekalkan momentum larian.

Beliau turut memuji kemeriahan di Race Village yang disifatkan sebagai nadi semangat yang mana sokongan padu daripada kru dan peserta lain menjadikan suasana UiTM lebih bertenaga, sekaligus membantunya melawan keletihan mental.

Dalam pada itu, Fazlie juga berkata format looping di UiTM Ultra adalah ujian mental yang hebat kerana jika mampu menamatkannya, peserta pasti lebih bersedia untuk acara ultra lain.

Tahniah Fazlie Rosli atas pencapaian bersejarah ini.