Arsenal ‘layu’ di Emirates, Cunha jadi wira United
Matheus Cunha muncul wira Manchester United apabila jaringan dramatiknya memastikan kemenangan 3-2 ke atas pendahulu liga, Arsenal, dalam aksi penuh debaran di Stadium Emirates.
Dipetik dari BBC, kekalahan pertama The Gunners di laman sendiri musim ini menyaksikan kelebihan mata mereka di puncak Premier League kini mengecil kepada empat mata.
Arsenal bermula garang menerusi gol pembukaan hasil kesilapan Lisandro Martinez yang tertendang bola ke gawang sendiri pada minit ke-29.
Bagaimanapun, kesilapan Martin Zubimendi memberi ruang buat Bryan Mbeumo menyamakan kedudukan buat United.
Memasuki babak kedua, Patrick Dorgu mengejutkan penyokong tuan rumah dengan rembatan padu untuk United mendahului.
Meskipun Mikel Merino berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-84, kegembiraan Arsenal hanya bertahan tiga minit.
Matheus Cunha, yang masuk sebagai pemain gantian, melepaskan rembatan melengkung dari jarak 25 ela hasil hantaran Kobbie Mainoo untuk menewaskan David Raya.
Kemenangan besar ini melonjakkan skuad kendalian Manchester United ke tangga keempat liga sekali gus menghangatkan persaingan kelompok teratas.