TM26 cetus fenomena! Lebih 26,000 pelari bakal takluk Jambatan Angkat, pendaftaran kini dilanjutkan

32

Demam larian paling ikonik di Pantai Timur, Terengganu Marathon 2026 (TM26), kini mencetuskan fenomena luar biasa. 

Sehingga kini, lebih 26,000 pelari telah mengesahkan penyertaan, dan angka ini dijangka terus melonjak melepasi sasaran 30,000 peserta menjelang hari acara.


Susulan permintaan yang tidak putus-putus daripada peminat sukan larian, pihak penganjur TM26 secara rasmi mengumumkan lanjutan tempoh pendaftaran sehingga 16 Mac 2026. 

Inisiatif ini diambil bagi memberi peluang saat akhir kepada mereka yang terlepas slot sebelum ini untuk turut serta dalam sejarah larian paling gah tahun ini.

Bagi pelari yang memburu Personal Best (PB), TM26 adalah destinasi wajib kerana laluan larian kali ini direka khusus dengan profil yang rata (flat) dan ketinggian minimum (elevation), menjadikannya antara trek terpantas di Malaysia. 

Bayangkan memecahkan rekod peribadi anda sambil menikmati tiupan angin laut yang menyegarkan di sepanjang pesisir pantai Terengganu termasuk melalui mercu tanda ikonik, Jambatan Angkat (Drawbridge).

Sama ada anda pelari elit atau sekadar mahu beriadah, TM26 menawarkan kategori yang pelbagai:

  • Full Marathon (42km) & Half Marathon (21km): Untuk pencabar kental.
  • 10km Run: Untuk peminat kelajuan.
  • 5km Fun Run: Sesuai untuk keceriaan bersama keluarga.

Bukan sekadar pingat dan kepuasan, TM26 turut menawarkan ganjaran tunai lumayan buat pemenang. 

Lebih menarik, semua peserta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup luar biasa! 

Bayangkan pulang membawa sebuah motosikal Ducati Monster atau memenangi pakej percutian impian ke Turkiye. 

Setiap pembelian di Shop Terengganu Marathon juga memberikan tiket tambahan untuk peluang keemasan ini.

Dengan baki pendaftaran yang semakin kritikal, orang ramai dinasihatkan supaya segera mendaftar di terengganumarathon.com. Jangan tunggu sehingga saat akhir kerana dengan momentum sekarang, slot dijangka akan penuh sepenuhnya dalam masa singkat.

Jumpa anda di garis permulaan untuk mencipta sejarah peribadi di TM26!