Misi £200 juta: Manchester United buru bakat tengah di bawah era Carrick

157

Manchester United kini sedang merancang rombakan besar-besaran bagi memperkasakan jentera tengah mereka menjelang musim panas 2026. 

Dipetik dari Teamltalk, di bawah pengawasan pemilik bersama, INEOS, Pengarah Bola Sepak Jason Wilcox dilaporkan sedang mengemudikan rundingan untuk membawa bakat muda, Caleb Yirenkyi, ke Old Trafford, selain memantau rapat pemain Borussia Mönchengladbach, Rocco Reitz.


Langkah agresif ini bagaimanapun bergantung sepenuhnya kepada prestasi pasukan di bawah kendalian pengurus interim, Michael Carrick. 

Sumber dalaman mendedahkan bahawa dana perpindahan lumayan berjumlah £200 juta akan disediakan sekiranya Carrick berjaya memastikan kepulangan The Red Devils ke saingan Champions League dengan menamatkan saingan di kelompok empat teratas.

Selain bintang muda antarabangsa, nama-nama seperti Adam Wharton, Carlos Baleba, dan Elliot Anderson turut berada dalam senarai sasaran utama. 

Strategi ini jelas menunjukkan keinginan United untuk membina skuad yang lebih dinamik, namun segalanya kini terletak di bahu Carrick untuk membuktikan kemampuan pasukan di atas padang.