Tiada jaminan saya kekal jika gagal ke UCL, tetapi Klopp dulu pernah diberi peluang – Arne Slot

6

Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui tiada jaminan beliau akan terus kekal di Anfield sekiranya pasukan itu gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam temubual terbarunya, Slot bersikap terbuka mengenai tekanan yang dihadapi dan realiti bola sepak moden yang sangat bergantung kepada keputusan.


Namun, beliau turut merujuk kepada situasi bekas ketua jurultih sebelumnya, Jurgen Klopp sebagai contoh.

Slot mengingatkan bahawa Liverpool pernah gagal layak ke Liga Juara-Juara di bawah kendalian Klopp, tetapi pengurus dari Jerman itu tetap diberi kepercayaan untuk meneruskan projeknya sebelum kembali membawa kejayaan kepada kelab.

Walaupun menggunakan contoh tersebut sebagai gambaran bahawa kelab boleh memberi masa kepada jurulatih, Slot menegaskan setiap musim mempunyai konteks berbeza dan beliau sedar masa depannya tetap bergantung kepada prestasi semasa.

Buat masa ini, fokus Slot adalah memastikan Liverpool kembali berada di kelompok teratas, namun kenyataannya jelas menunjukkan tekanan semakin dirasai di Anfield.

Liverpool ketika ini berada di kedudukan keenam liga, ketinggalan di belakang pasukan lain seperti Chelsea, Manchester United dan Aston Villa dalam persaingan untuk tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.