Arsenal tempang lagi, Kai Havertz kembali direhatkan

75

Arsenal terus diuji dengan masalah kecederaan selepas penyerang versatil, Kai Havertz, disahkan mengalami kecederaan otot dan bakal berehat panjang sekali lagi. 

Dipetik dari BBC, pemain kebangsaan Jerman itu bakal terlepas aksi penting menentang Brentford Khamis ini serta saingan Piala FA bertemu Wigan pada Ahad. 


Lebih membimbangkan, Havertz juga diragui dapat tampil dalam aksi tetangga London Utara menentang Tottenham pada 22 Februari depan.

Karier Havertz di Emirates nampaknya terus dibayangi kecederaan selepas dia baru sahaja pulih daripada masalah lutut yang menyisihkannya selama lima bulan. 

Malah, pada awal 2025, dia juga pernah menjalani pembedahan hamstring yang menjejaskan baki musimnya.

Situasi ini pastinya memeningkan kepala Mikel Arteta yang kini kehilangan ramai tonggak utama. 

Selain Havertz, Arsenal sudah pun kehilangan Mikel Merino, Martin Odegaard, dan Bukayo Saka yang masih dalam proses pemulihan. 

Dengan jadual padat yang bakal ditempuh, ketiadaan Havertz merupakan tamparan besar dalam misi The Gunnersmemburu kejuaraan musim ini.