“Jawatankuasa pasukan bola sepak wanita negara sudah boleh letak jawatan” – Netizen

3,350

Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menghantar skaud kebangsaan wanita ke temasya Sukan SEA tanpa memberikan alasan kukuh, banyak pihak yang tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Isu ini menjadi semakin panas di sosial media apabila ramai yang menyelar dan mempersoal keputusan yang dibuat FAM itu serta menggesa pemegang jawatankuasa bola sepak wanita untuk meletak jawatan.


Seorang peminat tegar bola sepak wanita turut berang dengan keputusan tersebut dan menganggap FAM hipokrit.

Ada yang mempertikai kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden FAM sendiri iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin yang sebelum ini mengakui bola sepak wanita negara telah menunjukkan kejayaan tetapi tindakan yang dilakukan sebaliknya.

Dalam pada itu, ramai yang menyentuh mengenai pasukan bola sepak wanita Thailand dan Filipina yang layak ke Piala Dunia Wanita tetapi skuad wanita negara tak dihantar ke Sukan SEA.

Ada juga yang menyeru persatuan bola sepak negeri mengikut jejak langkah seperti yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam mewujudkan liga bola sepak wanita.

Sementara itu, ada yang menyeru pihak penaja untuk tidak lagi menaja FAM, sebaliknya menaja persatuan sukan yang benar-benar buat kerja.