UiTM FC berkemungkinan tidak dapat diswastakan?

1,921

Baru-baru ini pasukan UiTM FC menjadi topik perbincangan di kalangan peminat bola sepak tanah air berikutan mereka dikatakan akan menarik diri kerana tidak mempunyai bajet, namun akhirnya terselamat apabila mendapat dana di saat-saat akhir.

Ketika temubual bersama Ketua Pegawai Operasi UiTM FC iaitu Ahmad Tarmizy Mohammed, beliau berkata memang sudah ada yang berminat untuk mengambil alih pasukan itu tetapi tidak kesampaian berikutan mereka gagal mencapai kata sepakat.


Bagaimanapun ada satu sumber dalaman yang mendedahkan bahawa peluang untuk proses penswastaan kelab itu tampak tipis dan sukar atas banyak faktor.

“Saya yakin bahawa agak sukar untuk UiTM FC untuk menarik pembeli kerana pembeli sebelum ini tidak jadi beli kerana mereka bukan sahaja mahu pasukan sahaja tetapi juga fasiliti.

Yang jadi masalahnya fasiliti yang digunakan oleh pemain UiTM ketika ini adalah milik universiti yang juga menjadi pusat sukan untuk pelajar-pelajar lain, jadi memang mustahil untuk akan ada pembeli,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut sumber itu lagi, kelab itu sendiri berada di kampus induk jadi agak sukar sekiranya ia ingin diswastakan.

Tambahnya, jika proses penswastaan berjaya dilakukan, apakah jaminan pulangan pelaburan dan adakah pemilik baru akan terus menggunakan pelajar UiTM sebagai pemain atau sebaliknya.

Terdahulu, skuad yang diberi gelaran The Lions Troops itu dapat meneruskan saingan Liga Perdana apabila mendapat suntikan dana dari UiTM sendiri berjumlah RM3.7 juta.

Bagaimanapun pemberian dana itu telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan staf di universiti itu sendiri.