TMJ sekali lagi jadi penyelamat apabila sahkan akan taja kos tukar rumput SNBJ

15,341

Peruntukan sudah diumumkan tetapi kerja tak berjalan langsung. Itulah yang berlaku kepada Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang mana sebelum ini dilaporkan peruntukan RM10 juta untuk kerja penukaran rumput tetapi sehingga kini tiada khabar berita.

Pengumuman peruntukan itu diumumkan pada tahun lepas apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selepas kedua-dua pihak melanjutkan perjanjian untuk memastikan SNBJ terus menjadi ‘Rumah Harimau Malaya’.


Sebentar tadi pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail telah membuat keputusan untuk menaja kos penukaran rumput di SNBJ kepada rumput jenis Zeon Soysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.

“Saya telah membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.

Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa,”

tulisnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial rasmi JDT.

Tunku bagaimanapun meminta pihak pengurusan stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jika langkah-langkah sesuai diambil bagi memastikan padang tidak rosak.

Sumber foto: JST Facebook

‘Hadiah’ terbaru dari TMJ ini adalah satu tamparan hebat buat FAM yang ternyata ‘sembang kosong’ sahaja tanpa sebarang tindakan, berbeza dengan TMJ ‘walk the talk‘.