Isu tunggakan gaji 7 bulan, pemilik Perak FC masih ‘kunci mulut’

1,374

Nampaknya pemain, barisan kejurulatihan dan staf pasukan Perak FC akan terus dibiarkan dalam keadaan terpinga-pinga apabila sehingga kini tiada satu pun tindakan yang benar-benar membantu mereka yang terjejas.

Baru-baru ini Harimau Malaya telah mendedahkan skuad pemain belia Perak tidak menerima gaji pertama mereka dan perlawanan Piala Presiden mereka dibatalkan.


Lebih parah apabila seorang staf skuad The Bos Gaurus tampil mendedahkan beliau dan rakan sekerja serta barisan kejurulatihan sudah tujuh bulan tidak menerima gaji.

Cubaan untuk menghubungi pemilik dan ketua pegawai eksekutif pemilik baru Perak iaitu Impact Media Communication (IMC) pada mulanya mendapat maklum balas apabila bersetuju untuk ditemubual.

Bagaimanapun apabila follow up dibuat, kami gagal mendapat maklum balas untuk menetapkan tarikh dan masa untuk ditemubual.

Diharap pihak IMC dapat tampil segera untuk memberi segala penjelasan mengenai kemelut yang melanda Perak ketika ini yang dilihat seperti tiada kesudahan.

Kenyataan dikeluarkan tetapi ia tidak membantu langsung pemain dan mereka yang terjejas.

Sebelum ini beberapa bekas pemain utama Perak seperti Hafizul Hakim, Syahmin Baharudin dan beberapa lagi tampil mendedahkan bahawa pihak pengurusan tidak menunaikan janji mereka apabila gagal membayar separuh lagi tunggakan gaji.