Jordan Mintah ‘merajuk’ dengan Terengganu FC II?

6,594

Sejak kempen saingan Liga Perdana bermula pada musim ini, prestasi penyerang sensasi Terengganu FC II (TFC II) iaitu Jordan Mintah dilihat merudum apabila beliau dilihat bergelut untuk menjaringkan gol.

Ia berbeza dengan prestasinya pada musim lalu yang sangat tajam di hadapan gol dan penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu dilihat gagal mengulangi prestasi cemerlangnya.


Perkara itu nyata mendapat perhatian ketua jurulatih TFC II iaitu Badrul Afzan yang menyedari kemerosotan prestasi penyerang utamanya.

Sumber foto: TFC II FB

Menyedari perkara itu, Badrul dikatakan akan mengadakan perbincangan daripada hati ke hati dengan Jordan bagi mencari punca kemerosotan prestasinya.

Tiada siapa yang tahu punca sebenar tetapi ada khabar angin yang mengatakan ia disebabkan beliau tidak dapat bermain untuk pasukan utama TFC pada musim ini.

Terdahulu nama Jordan dikatakan akan bermain untuk skuad utama selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika bersama TFC II.

Malah ketika Harimau Malaya menemubual Jordan, beliau mengakui menerima banyak tawaran daripada pasukan Liga Super lain tetapi memilih untuk menolak kerana mahu kekal bersama pasukan lamanya.

Beliau juga menyuarakan impiannya untuk bermain dengan skuad utama musim ini, tetapi menyerahkan perkara itu kepada jurulatih untuk menyenaraikannya dalam skuad utama atau tidak.

Adakah prestasi Jordan merosot kerana ‘merajuk’ tak dapat bermain untuk skuad utama? Hanya beliau sahaja dapat menjawabnya.

Sememangnya beliau mempunyai peluang untuk bermain untuk skuad utama pada bila-bila masa tetapi sehingga kini Jordan masih belum mendapat peluang tersebut.

Jika memang ada kemelut yang berlaku, diharap pihak pengurusan dan Jordan dapat menyelesaikannya dengan cara yang baik dan segera supaya Jordan dapat kembali kepada prestasi yang sebenar.