Makin popular dalam kalangan gadis, Arif Aiman berada dalam jagaan baik di bawah TMJ, pengurusan JDT

12,398

Selepas menjuarai Piala FA baru-baru ini, semua pemain Johor Darul Ta’zim menyambut kejayaan tersebut bersama insan tersayang mereka dalam padang.

Tidak ketinggalan pemain terbaik perlawanan, Arif Aiman Hanapi yang menjaringkan gol pertama JDT pada malam itu.


Beliau mencuri perhatian selepas dilihat meraikan kejayaan bersama seorang gadis ‘misteri’ yang berkongsi beberapa foto bersama pemain berusia 20 tahun itu di Instastorynya.

Gadis tersebut turut meletakkan kapsyen “Congratssss luff” menyebabkan ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis tersebut dan hubungannya dengan pemain itu.

Tidak dinafikan beliau adalah bintang yang amat terkenal dalam negara dan sudah tentu ramai gadis yang ingin mendekatinya.

Sebelum ini juga tular satu rakaman video yang menunjukkan seorang gadis bersungguh-sungguh mengambil gambar pemain itu dari belakang ketika beliau dikeluarkan dan duduk di tempat duduk simpanan.

Ia menunjukkan betapa hebatnya populariti yang dikecapi pemain itu selepas menampilkan aksi hebat beberapa musim ini.

Namun, tidak semestinya setiap gadis yang rapat dengannya merupakan teman wanita, kerana mereka juga boleh jadi kawan rapat sejak dari kecil lagi.

Apa-apa pun, hanya Arif Aiman dan gadis itu sahaja yang mengetahui status hubungan mereka dan beliau sendiri pun dilihat lebih selesa fokus dengan kariernya.

Sekiranya mereka berdua betul-betul sedang bercinta, ia juga tidak menjadi masalah kerana beliau sudah dewasa dan tahu apa yang baik untuk dirinya.

Beliau adalah seorang yang amat berdedikasi tinggi terhadap karier dan pasukannya, jadi sudah tentu tiada masalah buatnya untuk terus fokus terhadap bola sepak.

Selain itu, di bawah bimbingan pengurusan JDT dan juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Arif Aiman dilihat berada dalam jagaan yang baik.

Dengan namanya semakin meningkat, beliau mungkin akan berhijrah ke luar negara selepas ini jika mendapat tawaran yang meyakinkan.

Jadi apa yang penting baginya adalah untuk memastikan bahawa kehidupan di luar padang tidak mengganggu prestasinya.