Liga Malaysia memang bagus, Jordi Amat yang dari Eropah pun sanggup pindah ke JDT – Iwan Bule

1,619

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan menganggap Liga Malaysia adalah liga yang bagus dan berbesar hati melihat pemain-pemain Indonesia berhijrah untuk bermain di negara ini.

Katanya, penghijrahan pemain dan juga jurulatih pada masa depan antara kedua-dua negara dapat meningkatkan lagi tahap bola sepak di negara masing-masing.


“Kita tahu Liga Malaysia adalah satu pertandingan yang bagus dan saya suka pemain-pemain Indonesia berhijrah ke sini.

“Kita tahu Liga Malaysia adalah satu pertandingan yang bagus dan saya suka pemain-pemain Indonesia berhijrah ke sini.

Kita ada Saddil (Ramdani) yang bermain dengan Sabah FC, dan kita juga bangga ada seorang pemain iaitu Jordi (Amat) yang berhijrah daripada Eropah untuk ke Liga Malaysia, itu amat luar biasa,”

katanya.

Itu katanya sudah cukup membuktikan bahawa Liga Malaysia adalah liga yang cukup baik dan berharap kedua-dua negara mampu bekerjasama untuk memajukan bola sepak di kedua-dua negara.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Iwan Bule mengakui akan ada lagi naturalisasi untuk pasukan kebangsaan Indonesia iaitu Shayne Pattynama yang sedang dalam proses.

Mengenai kejohanan Piala AFF, Iwan berharap Skuad Garuda dapat memberikan yang terbaik kerana beliau sudah memberikan layanan yang istimewa buat mereka.

“Kita dah berikan layanan istimewa buat mereka untuk naikkan semangat, kita berikan hotel yang terbaik di Jakarta, pesawat juga saya sewa untuk perjalanan mereka jadi mereka harus berikan yang terbaik untuk rakyat Indonesia.

Saya mahu mereka bersungguh-sungguh untuk hiburkan dan banggakan seluruh rakyat Indonesia.”

Sementara itu, beliau mengakui tidak mudah untuk bangkit daripada tragedi Stadium Kanjuruhan yang mengorbankan lebih 130 nyawa.

Menurutnya, peristiwa itu telah membuatkan bola sepak Indonesia mengalami transformasi yang lebih baik daripada pelbagai aspek.

“Kita memang tak ingin peristiwa itu berlaku tetapi malangnya ia berlaku, ia menjadikan bola sepak Indonesia berubah dari semua aspek termasuklah keselamatan, penyokong, stadium dan cara pengurusan.

Kami juga dapat sokongan FIFA, AFC dan AFF yang berada di Indonesia selama 22 hari untuk memperbaiki sistem bola sepak Indonesia.”

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Indonesia yang berada di negara ini terutama di Lembah Klang untuk beramai-ramai hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan Indonesia esok.